URUS LESEN CIDB TANPA PENING & BUANG MASA

Cikgu Mina membantu kontraktor menguruskan proses permohonan dan pembaharuan lesen CIDB dengan lebih mudah, teratur dan menjimatkan masa. Kami faham bahawa sebagai kontraktor atau pemilik syarikat, masa anda lebih berharga untuk menguruskan projek, pelanggan dan perkembangan perniagaan. Serahkan urusan proses permohonan kepada kami.

cikgu mina cibd
LAYANAN CIBD

Pilih perkhidmatan anda. Cikgu Mina sedia membantu anda menguruskan proses berkaitan lesen CIDB dengan lebih mudah dan teratur.

Renew Lesen CIBD 3 Tahun

Kami membantu kontraktor menguruskan proses pembaharuan lesen CIDB supaya anda boleh lebih fokus kepada projek dan perniagaan. Sesuai untuk anda yang Lesen CIDB hampir tamat, tidak mempunyai masa untuk menguruskan proses sendiri, kurang mahir menggunakan sistem, dan tidak pasti dokumen yang diperlukan.

Daftar Baru Lesen CIBD

Kami membantu anda memahami keperluan dan proses pendaftaran baru lesen CIDB. Sesuai untuk anda yang baru memulakan syarikat kontraktor, tidak pasti jenis atau gred yang sesuai, keliru dengan dokumen yang diperlukan, dan mahu proses permohonan yang lebih teratur.

Mudah, hanya 4 langkah sahaja, jom!

FAQ

Soalan lazim yang sering ditanyakan :

CIDB ialah singkatan kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Secara mudahnya, CIDB merupakan badan yang mengawal selia dan membangunkan industri pembinaan di Malaysia.

Bagi kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan di Malaysia, pendaftaran kontraktor dengan CIDB adalah satu perkara penting. CIDB menyediakan proses pendaftaran, pembaharuan dan pengurusan berkaitan status kontraktor melalui sistem yang ditetapkan.

Ramai orang menyebutnya sebagai “Lesen CIDB”, tetapi terdapat beberapa jenis sijil dan pendaftaran yang mungkin diperlukan bergantung kepada jenis perniagaan dan projek yang ingin disertai.

Antaranya:

PPK – Perakuan Pendaftaran Kontraktor

PPK merupakan pendaftaran kontraktor dengan CIDB.

Ia berkaitan dengan status syarikat sebagai kontraktor dan melibatkan perkara seperti:

  • Gred kontraktor
  • Kategori kerja
  • Pengkhususan bidang

Permohonan PPK boleh melibatkan pendaftaran baru, pembaharuan, pendaftaran semula dan kemaskini maklumat tertentu.

SPKK diperlukan bagi kontraktor yang ingin menyertai perolehan atau kerja kerajaan dalam bidang pembinaan, tertakluk kepada kelayakan dan syarat yang ditetapkan.

Untuk memohon SPKK, syarikat perlu mempunyai PPK terlebih dahulu. Kelulusan pula tetap tertakluk kepada syarat pendaftaran SPKK.

STB merupakan Sijil Taraf Bumiputera yang berkaitan dengan status syarikat berdasarkan syarat yang ditetapkan.

Permohonan dan kelulusan adalah tertakluk kepada syarat serta semakan pihak yang berkenaan.

Secara mudah:

SijilFungsi
PPKPendaftaran asas syarikat sebagai kontraktor dengan CIDB
SPKKBerkaitan kelayakan menyertai perolehan kerja kerajaan dalam bidang pembinaan
STBBerkaitan status Taraf Bumiputera syarikat

Setiap syarikat mempunyai keperluan yang berbeza. Sebab itu penting untuk membuat semakan terlebih dahulu sebelum memohon.

CIDB mempunyai kategori gred kontraktor daripada G1 hingga G7.

Secara umum, gred ini berkaitan dengan kapasiti syarikat untuk melaksanakan projek pembinaan berdasarkan syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Semakin tinggi gred, semakin besar kapasiti projek yang boleh dilaksanakan, tertakluk kepada syarat pendaftaran CIDB.

Antara gred yang biasa:

  • G1
  • G2
  • G3
  • G4
  • G5
  • G6
  • G7

Tidak semua syarikat perlu terus memohon gred tertinggi. Pemilihan gred sebaiknya berdasarkan kemampuan syarikat, modal, pengalaman dan perancangan perniagaan.

Ya, syarikat baru boleh membuat semakan untuk pendaftaran CIDB.

Namun, kelayakan dan dokumen yang diperlukan bergantung kepada jenis syarikat, struktur syarikat dan jenis pendaftaran yang ingin dibuat.

Cikgu Mina dan pasukan boleh membantu membuat semakan awal supaya anda lebih jelas tentang langkah yang perlu diambil sebelum memulakan permohonan.

Boleh.

Kami boleh membantu membuat semakan awal berdasarkan maklumat syarikat dan perancangan perniagaan anda.

Contohnya:

  • Jenis projek yang ingin dibuat
  • Nilai projek yang ingin disasarkan
  • Keadaan dan struktur syarikat
  • Keperluan semasa perniagaan

Daripada situ, kami boleh membantu anda memahami pilihan yang lebih sesuai untuk dipertimbangkan.

Sebaiknya jangan tunggu sehingga saat akhir.

Kontraktor tidak boleh menyertai tender atau menjalankan kerja pembinaan selepas tempoh sijil tamat sehingga pendaftaran diperbaharui, tertakluk kepada peraturan dan syarat CIDB.

Kami mencadangkan anda membuat semakan awal supaya ada masa untuk:

  • Menyemak status lesen
  • Menyediakan dokumen
  • Membetulkan maklumat jika diperlukan
  • Menguruskan proses pembaharuan

Ya, perkhidmatan kami menyediakan bantuan untuk Renew Lesen CIDB sehingga 3 Tahun, tertakluk kepada kelayakan, jenis pendaftaran dan syarat semasa yang ditetapkan.

Untuk mengetahui tempoh pembaharuan yang sesuai bagi syarikat anda, hubungi kami untuk semakan awal.

Tempoh proses adalah berbeza bagi setiap permohonan.

Ia bergantung kepada:

  • Jenis permohonan
  • Kelengkapan dokumen
  • Maklumat syarikat
  • Sebarang pembetulan yang diperlukan
  • Proses semakan pihak CIDB
  • Keperluan tambahan bagi kes tertentu

Oleh sebab itu, kami tidak menggalakkan pelanggan menunggu sehingga saat akhir.

Lebih awal anda membuat semakan, lebih mudah untuk merancang proses permohonan.

Ya.

Ini antara sebab utama ramai kontraktor mendapatkan bantuan.

Sistem CIDB mempunyai proses yang berbeza mengikut jenis permohonan seperti:

  • Pendaftaran baru PPK
  • Pembaharuan PPK
  • Permohonan SPKK
  • Permohonan STB
  • Kemaskini maklumat
  • SCORE dan proses berkaitan

CIDB sendiri menyediakan proses dan panduan berasingan dalam sistem CIMS mengikut jenis permohonan.

Kami membantu pelanggan memahami proses dan menyediakan keperluan permohonan dengan lebih teratur.

Kos boleh berbeza bergantung kepada:

  • Jenis permohonan
  • Gred kontraktor
  • Tempoh pembaharuan
  • Jenis sijil yang dipohon
  • Yuran rasmi berkaitan
  • Skop bantuan perkhidmatan

CIDB mengenakan yuran proses dan yuran pendaftaran tertentu mengikut jenis permohonan dan gred. Bagi pembaharuan, struktur yuran juga bergantung kepada keadaan permohonan.

Hubungi kami untuk mendapatkan semakan dan maklumat kos berdasarkan keperluan syarikat anda.

Tidak.

Kelulusan adalah tertakluk kepada:

  • Syarat dan kelayakan pemohon
  • Kelengkapan dan kesahihan dokumen
  • Maklumat yang diberikan
  • Keperluan semasa
  • Keputusan pihak CIDB

Peranan kami adalah membantu pelanggan menyediakan dan menguruskan proses permohonan dengan lebih teratur.

Sekiranya terdapat dokumen atau maklumat yang tidak lengkap, proses mungkin memerlukan pembetulan atau dokumen tambahan.

Sebab itu kami melakukan semakan awal dan akan memaklumkan perkara yang perlu disediakan sebelum proses diteruskan.

Ya, CIDB juga mempunyai proses berkaitan kemaskini maklumat dan perubahan butiran pendaftaran tertentu melalui sistem yang disediakan.

Hubungi kami dan terangkan perubahan yang ingin dibuat supaya kami boleh menyemak jenis proses yang sesuai.

Ia bergantung kepada jenis projek dan peluang perniagaan yang ingin disertai.

Secara umum, SPKK berkaitan dengan kelayakan untuk menyertai perolehan kerja kerajaan dalam bidang pembinaan. Pemohon perlu mempunyai PPK terlebih dahulu sebelum memohon SPKK.

Kami boleh membantu anda memahami jenis pendaftaran yang sesuai berdasarkan keperluan perniagaan anda.

Status permohonan CIDB boleh disemak melalui sistem CIMS pada bahagian sejarah permohonan dan surat/sijil berkaitan, bergantung kepada jenis permohonan.

Jika anda menggunakan perkhidmatan kami, kami akan membantu anda memahami perkembangan proses permohonan.

MULAKAN HARI BERSAMA DENGAN CIKGU MINA

Dapatkan konsultasi profesional dan perkhidmatan bimbingan menyeluruh untuk pengurusan lesen CIDB, strategi perniagaan, urusan eksport import, projek tenaga solar, hingga ke pembangunan sistem digital yang disesuaikan mengikut keperluan syarikat anda. Sama ada menerusi sesi peribadi 1-on-1 secara dalam talian dan fizikal mahupun kelas terbuka (open class), kami sedia membantu mempermudah urusan operasi serta memajukan perniagaan anda secara lebih efektif.

Experience
0 +
Client Satisfy
0 +
Project Complete
0 +
Positive Review
0 %
Scroll to Top