Renew Lesen G3

RM4,750

Lesen G3 (renew 3 tahun)

PPK – RM 3,000

*SCORE (2 star) – RM1000

SPKK – RM 350

STB – RM 400

TOTAL: RM4,750

*tempoh kelulusan CIDB adalah dalam tempoh 7 hingga 14 hari pada setiap item lesen.

LESEN G3 – RENEW 2 ATAU 3 TAHUN

Sebelum membuat pembaharuan Lesen G3 untuk tempoh 2 atau 3 tahun, pastikan syarikat telah mendaftarkan Sijil Integriti dalam sistem CIMS-CIDB.

Selain itu, pastikan anda mempunyai Sijil Kursus CCD dengan jumlah mata yang mencukupi mengikut tempoh pembaharuan lesen.

Keperluan mata CCD adalah seperti berikut:

  • Renew 2 Tahun: 40 Mata CCD
  • Renew 3 Tahun: 60 Mata CCD

Untuk mendapatkan Sijil Kursus CCD, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

PPK G3

  1. Salinan penyata akaun bank syarikat terkini
    • Baki akhir kewangan minimum RM50,000
    • Boleh menggunakan penyata bulan sebelumnya atau bulan terkini
    • Penyata perlu mempunyai cop pengesahan bank
  2. Salinan kad pengenalan (IC) pemilik/pengarah syarikat serta semua penama yang telah didaftarkan dalam sistem CIMS-CIDB.

SCORE + SPKK G3

  1. Penyata Kira-Kira / Profit & Loss Statement / Balance Sheet bagi 3 tahun kewangan terkini.
  2. Letter Award (LA) / Purchase Order (PO)
    • Sediakan sebanyak 6 LA/PO.
  3. Sijil Kursus CIDB yang mempunyai logo CIDB
    • Sediakan 2 sijil kursus.
    • Contoh: CCD, Kursus Keselamatan, SKP atau SKK.

SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB)

Bagi permohonan Sijil Taraf Bumiputera (STB), pastikan semua syarat dan dokumen yang diperlukan telah disediakan.

Pastikan semua dokumen lengkap dan terkini sebelum proses pembaharuan Lesen G3 dilakukan bagi memastikan permohonan berjalan dengan lancar.

- +
renew lesen G3 cibdRenew Lesen G3
RM4,750
- +
Scroll to Top