Renew Lesen G5

RM6,950

Lesen G5 (renew 3 tahun)

PPK – RM 4,200 

*SCORE (3 star) – RM 2,000 

SPKK – RM 350

STB – RM 400

TOTAL: RM6,950

*tempoh kelulusan CIDB adalah dalam tempoh hingga 14 hari pada setiap item lesen.

LESEN G5 – RENEW 2 ATAU 3 TAHUN

Sebelum membuat pembaharuan Lesen G5 bagi tempoh 2 atau 3 tahun, pastikan syarikat telah mendaftarkan Sijil Integriti dalam sistem CIMS-CIDB.

Selain itu, pastikan syarikat mempunyai Sijil Kursus CCD dengan jumlah mata yang mencukupi berdasarkan tempoh pembaharuan lesen.

Keperluan mata CCD adalah seperti berikut:

  • Renew 2 Tahun: 60 Mata CCD
  • Renew 3 Tahun: 90 Mata CCD

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

PPK G5

  1. Salinan penyata akaun bank syarikat terkini
    • Baki akhir kewangan minimum RM250,000
    • Boleh menggunakan penyata bulan sebelumnya atau bulan terkini
    • Atau mengemukakan dokumen yang menunjukkan jumlah modal berbayar yang diperlukan.
  2. Salinan kad pengenalan (IC) pemilik/pengarah syarikat serta semua penama yang telah didaftarkan dalam sistem CIMS-CIDB.

SCORE + SPKK G5

  1. Penyata Kira-Kira / Profit & Loss Statement / Balance Sheet bagi 3 tahun kewangan terkini.
  2. Letter Award (LA) / Purchase Order (PO)
    • Sediakan sebanyak 6 LA/PO.
  3. Sijil Kursus CIDB yang mempunyai logo CIDB
    • Sediakan 2 sijil kursus.
    • Contoh: CCD, Kursus Keselamatan, SKP atau SKK.

SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB)

Bagi permohonan Sijil Taraf Bumiputera (STB), pastikan semua syarat dan dokumen yang diperlukan telah lengkap.

Pastikan semua dokumen disediakan dengan lengkap dan terkini sebelum proses pembaharuan Lesen G5 dibuat bagi melancarkan urusan permohonan.

- +
renew lesen G5 cibdRenew Lesen G5
RM6,950
- +
Scroll to Top