Renew Lesen G2

RM4,250

Lesen G2 (renew 3 tahun)

PPK –  RM 2,500

SCORE (2 star) – RM 1000

SPKK – RM 350

STB – RM 400

TOTAL: RM 4,250

*tempoh kelulusan CIDB adalah dalam tempoh 7 hingga 14 hari pada setiap item lesen.

LESEN G2 – RENEW 2 ATAU 3 TAHUN

Sebelum membuat pembaharuan Lesen G2 untuk tempoh 2 atau 3 tahun, pastikan syarikat telah mendaftarkan Sijil Integriti di dalam sistem CIMS-CIDB.

Selain itu, pastikan anda mempunyai Sijil Kursus CCD dengan jumlah mata yang mencukupi berdasarkan tempoh pembaharuan lesen.

Keperluan mata CCD adalah seperti berikut:

  • Renew 2 Tahun: 20 Mata CCD
  • Renew 3 Tahun: 30 Mata CCD

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

PPK G2

  1. Salinan penyata akaun bank syarikat terkini
    • Baki akhir kewangan minimum RM25,000
    • Boleh menggunakan penyata bulan sebelumnya atau bulan terkini
    • Penyata perlu mempunyai cop pengesahan bank
  2. Salinan kad pengenalan (IC) pemilik/pengarah syarikat serta semua penama yang telah didaftarkan dalam sistem CIMS-CIDB.

SCORE + SPKK G2

  1. Penyata Kira-Kira / Profit & Loss Statement / Balance Sheet bagi 3 tahun kewangan terkini.
  2. Letter Award (LA) / Purchase Order (PO)
    • Sediakan sebanyak 6 LA/PO.
  3. Sijil Kursus CIDB yang mempunyai logo CIDB
    • Sediakan 2 sijil kursus.
    • Contoh: CCD, Kursus Keselamatan, SKP atau SKK.

SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB)

Bagi permohonan Sijil Taraf Bumiputera (STB), pastikan semua dokumen dan syarat yang ditetapkan telah dipenuhi.

Pastikan semua dokumen lengkap dan terkini sebelum proses pembaharuan Lesen G2 bagi memastikan urusan permohonan berjalan dengan lancar.

- +
renew lesen G2 cibdRenew Lesen G2
RM4,250
- +
Scroll to Top